CONTOH TERBAIK

Claim Yang Pernah dibuat Oleh Pencarum.

Pengurusan Kewangan

Ini yang anda Perlukan

MEDICAL CARD

Kepentingannya dalam Perubatan anda

SAKIT JANTUNG

Pembunuh Nombor satu Negara.

TRAVIAN

Penghilang Kebosanan.

Showing posts with label Isu Terkini. Show all posts
Showing posts with label Isu Terkini. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Gempa di Myanmar berdekatan Thailan

By Panumet Tanraksa 48 mins ago

CHIANG MAI, Thailand (Reuters) – A large 6.8 magnitude earthquake struck Myanmar near the border with northern Thailand on Thursday, killing one woman, police and witnesses said.

Witnesses said the tremors were felt in Bangkok, central Myanmar and as far away as the Vietnam capital of Hanoi where people were evacuated from tall buildings.

Police said a 53-year-old woman in Mae Sai, Chiang Rai province, had been killed when one wall of her house collapsed. Hospital officials said there were no other deaths or injuries reported.

The quake was centered 111 km (69 miles) north of the town of Chiang Rai, Thailand's northernmost province.

BACA HABIS DI- http://news.yahoo.com


yA Allah...jauhkan lah kami dari malapetaka. Engkau penentu segala....


Thursday, March 24, 2011

Bunuh diri @ Cubaan book of record...(wajib tayang)

Kejadian 24 march 2011-di KB mall..apa nak jadi....adakah beliau mmg betol2 ingin bunuh diri...
Masyaallah....what happened?....




SUmber-orang awam..

Wednesday, February 23, 2011

Minyak mungkin naik lagi

RON95 tidak naik masa terdekat

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol dalam waktu terdekat ini walaupun terdapat beberapa negara telah menaikkannya dua kali dalam tempoh tiga bulan berikutan kenaikan ketara harga minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kewangan sedang mencari opsyen lain bagi mengelakkan kenaikan itu.

Pada masa sama, beliau turut menafikan khabar angin kononnya harga petrol RON95 akan dinaikkan dalam waktu terdekat ini.

"Siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin. Setakat ini tidak. Saya tidak mahu jadi tukang nujum pula, setakat ini kerajaan sedang melihat secara keseluruhan kerana untuk menjimatkan belanja bukan hanya dengan cara menaikkan harga minyak.

"Banyak cara dan opsyen lain boleh dilakukan supaya tidak membebankan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia yang terlampau tinggi ketika ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pelaksanaan Projek EPP3-Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika kerajaan menaikkan harga minyak, harga barang lain akan naik lebih tinggi dan begitu juga jika kerajaan tidak memberi subsidi untuk petrol, diesel serta empat produk makanan kawalan, harga kesemua itu akan jauh lebih tinggi dari sekarang.

Mengenai setakat mana kerajaan boleh bertahan tidak menaikkan harga petrol, beliau berkata:

"Saya tidak boleh jawab kerana semakin lama bertahan, semakin besar tanggungan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan."

Katanya, keadaan itu mungkin menyebabkan projek-projek yang sedang dijalankan tidak dapat diteruskan kerana hendak menampung subsidi.

"Kalau harga minyak terus naik seperti sekarang, tanggungan subsidi akan mencecah RM14 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kos itu akan meningkat kepada RM14 bilion.


Sumber utusan


Itu lah die.....itu hanya khabar angin!!!..sejauh mana kebenaran khabar angin ini???

macam bulan depan naik je....huhu....cmne la nk tuang myk nieh.....ish3..

terbengkalai lagi la nk kahwen taun nie nmpaknya...ISH3....




Wednesday, January 12, 2011

Black Berry Vs Iphone -Mana satu kah pilihan Anda











Blackbeery adalah antara gajet terhangat oleh para pengguna Nset di masa kini.
Namun.apakah penggunaan nya berbaloi dengan harga yang telah di fix kan kepada kita.Jika anda diberi pilihan antara Blackberry,Iphone dan pelbagai smart phone lain lagi...yang mana satukah pilihan anda...Bantu saya membuat pilihan.

tag - Isu terkini,

Tuesday, January 11, 2011

Anda Lihat Kesannya

Pengesanan awal kanser payu dara

“Saya mahu membantu dengan berkongsi pengalaman dengan yang lain. Ketika pertama kali menyedari ada ketumbuhan, saya jahil atau mungkin tidak mahu menerima hakikat itu.

“Saya ke klinik berjumpa doktor dan dirujuk ke hospital untuk menjalani mamogram. Saya dimaklumkan ketumbuhan itu tidak berbahaya,” kata Sarah Chee pada pelancaran kempen 'Pink Purse’ dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) dan GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK), di bandar Sunway, baru-baru ini.

Kempen berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kanser payudara dalam kalangan rakyat negara ini, selain mengumpul dana.

Sehingga 33 peratus daripada jumlah populasi wanita di Malaysia menjadi mangsa kanser payudara; iaitu 1 daripada 20 wanita Malaysia menghadapi kebarangkalian tinggi mengalami kanser payudara. Risiko ini adalah tinggi.

Statistik ini boleh dikurangkan melalui pengesanan awal. Kesedaran mengenai penyakit ini dan amalan pemeriksaan sendiri payudara dapat membantu mencegah kanser payudara peringkat lanjut!

Sarah memberitahu, ketumbuhan itu buat pertama kali dikesannya pada 1997 dan beliau tidak ambil kisah sangat kerana keputusan mamogram adalah negatif. Sarah dengan gembira meneruskan gaya hidup sihatnya.

“Saya berlari tiga kilometer sehari, makan dan minum secara sihat. Tidak terfikir untuk bertemu doktor pakar bagi mendapatkan pandangan kedua. Kemudian saya mula sedar yang ketumbuhan itu semakin besar,” kata Sarah kepada orang ramai yang hadir sempena pelancaran kempen berkenaan.

Beliau mengakui, menghadiri kempen kesedaran kanser payudara bukan rutin beliau sehinggalah memutuskan untuk memeriksa semula ketumbuhan yang terus membesar itu, 10 bulan kemudian.

“Saya bertemu dengan doktor pakar selepas menyedari ketumbuhan itu membesar. Daripada raut wajahnya, sudah tahu berita akan disampaikan tidak baik. Akhirnya biopsi dilakukan, dan keseluruhan payudara saya dibuang segera.

“Kesemua ketumbuhan mesti diperiksa dengan serius dan dirawat dengan segera. Kanser payudara bukanlah bermakna hukuman mati,” katanya yang menangis tiga hari tiga malam selepas disahkan menghidap kanser.

Sarah kini merupakan seorang anggota 'Pink Angel’ yang sedia menemani mereka yang mengalami kanser payudara dan memerlukan bantuan.

Isu Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites